Friday, 2 December 2011

♥~Higlight Manik Tabur~♥




Baju ini milik kawan sepejabat saya, jahitan manik ini mengikut citarasa dia sendiri. Baju ini jenis kain sutera, jadi memang sesuai dijahit dengan manik tabur. Dia inginkan sekuntum bunga labuci dijahit ditengah-tengah corak bunga di tengah bahagian baju. Dihujung lengan baju pula dia hanya mahukan jahit yang simple, jadi sy hanya jahitkan jahitan manik beriring.




Ini pandangan keseluruhan baju, hanya bahagian hujung lengan baju dan taburan manik tabur dikeliling corak bunga. Hanya sekuntum bunga ditengah-tengah corak bunga baju.

♥~Brecelet Segita~♥


Jahitan Bracelet Segitiga ini tidak memerlukan banyak warna, hanya perlukan 2 jenis manik pearl. jahitan ini mudah dan tidak memakan masa yang lama untuk menyiapkannya.


Kedua-dua gambar ini bahagian lengan hujung baju kurung.

Thursday, 1 December 2011

♥~Embroidery Bracelet~♥





♥~Manik Tabur~♥


Jahitan manik tabur serta diselangseli kn dengan sequin bunga, pelanggan hanya mahukan manik tabur dihujung lengan baju kurung, mudah & senang, hanya beberapa jam sahaja sudah dapt menyiapkan jahitan ini.

♥~ Crumble ~♥


Bahagian jahitan di leher dengan menggunakan manik pearl, kombinasi manik pearl saiz 2mm, 4mm, 6mm & 8mm. Disusun mengikut warna & corak bunga pada baju ini.
 


Ini jahitan manik pearl dibahagian lengan baju.



♥~Manjalara~♥


Bahagian leher baju dijahit menggunakan teknik manjalara, corak dilebihkan dibahagian bawah leher baju bagi menonjolkan corak apabila memakai tudung.


Bahagian hujung baju kurung dijahitkan corak manjalara disemua hujung kaki baju.

Terasa amat puashati dapat menghasilkan corak manjalara di baju pelanggan ini, harap si pemakai amat berpuashati.

♥~Crumble~♥



Inilah hasil jahitan manik last minute dapat idea, esok tuan pye baju nak pakai hari ini time lunch g crk manik, balik uma terus jahit, sebelum petang siap sebelah tangan baju, time ptg amik tuan pye baju, belah malam sambung balik jahit.

Pages